
Lundu terletak di bahagian Barat Daya Bahagian Kuching dan bersempadan dengan Kalimantan Barat, Indonesia. Bandar Lundu berkeluasan 1,962.2 km persegi dan mempunyai jumlah penduduk seramai 30,390 orang yang terdiri daripada kaum Bidayuh (Jagoi, Selako, dan Lara), Cina, Melayu, Iban dan lain-lain. Pusat pentadbiran Daerah Lundu bertempat di Pekan Lundu manakala Pekan Sematan sebagai Pusat Daerah Kecil.
Jarak Pusat Bandar Lundu daripada tempat-tempat berikut:
• Dari Bandaraya Kuching - 100 km
• Dari Bandar Bau - 70 km
• Dari Pekan Sematan - 28 km
• Dari Pekan Biawak - 26 km
• Dari Pantai Pandan - 10 km
Perjalanan dari Kuching ke Lundu yang mempunyai jarak 90 km mengambil masa kira-kira satu jam tiga puluh minit dengan menaiki kereta. Sebelum jambatan Batang Kayan siap dibina pada 7 Julai 2005, perkhidmatan feri terlebih dahulu memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin bagi menghubungkan Kuching dan Lundu. Perjalanan ke Lundu tidak lagi menjadi persoalan semenjak jambatan siap dibina kerana ia banyak memudahkan orang ramai terutamanya penduduk tempatan yang mempunyai urusan lain di luar kawasan Lundu. Jika dahulu, pengguna terpaksa beratur berjam lamanya semata-mata menunggu feri tetapi sekarang semua urusan menjadi mudah.
No comments:
Post a Comment