Friday, December 24, 2010

Team Sarawak







PERLAWANAN Akhir Malaysia & Indonesia


salam kawan2, semoga sihat selalu...Oooppppsss tidak terlambat saya mengucapkan selamat hari natal atau merry Chirsmas kepada semua beragama kristian....dan happy new year 2011...apa azam kawan2 pada tahun depan. kepada pemain2 malaysia saya berharap mendapat kejutan pada malam esok....kita tunggu dan lihat pemain kita beraksi di stadium bukit jalil pada malam lusa..ole!!! ole x 3 kita menang kita maju jaya..... Dan juga kepada team sarawak....kuat kan semangat, teruskan perjuangan mu dan rampas kembali piala yang kita pernah dapat duluuu...jangan mudah gentar dengan halang yang datang berturut-turut...mesti kerja dalam berkumpulan itu yang penting untuk mendapat kejayaan yang cemerlang...go team sarawak...idup ngap sayot..

Friday, December 3, 2010

Hai kawan2, lama tak dengar berita almaklumlah sibuk ngan kerja ,baru pulang bercuti di indonesia.sempat juak pergi kemakam nenek tercinta...terasa balit kampung nangga orang kesayangan kita x da lagi..macam kesepian ajak.selalu bergurau, makan bersama.balit kali tok x dapat aku nak menceritakan kesedihan hatiku. aku doa kan semoga rohnya diterima oleh ALLah s.w.t .Al-Fatihah....baca bersama-sama....amin rabbanabilalamin...

Wednesday, September 22, 2010

Gambar Satu office



salam kawan2 lama kita tak bersua...almaklumlah banyak outstation ....tidak terlupa dan terlambat untuk mengucapkan " SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI "

Saturday, August 7, 2010

New Worl Suites


hai kawan2 lama kitak tak bersua.....al maklumlah buzy saja. sekarang saya berada di hotel New World Suites..ada Pameran ICT di Bintulu...hotel New World ini terletak di Bintulu.....dan hotel ini juga mempunyai shopping complex di sebelah hotel. nama Shopping tersebut ialah parkcity mall. hotel ni sangat cantik dan besar...harga pun tak lah mahal sangat...kalau nak bawa family boleh datang ke hotel NEW WORLD SUITES BINTULU. Sedar tak sedar dah nak masuk Bulan Ramadhan al Mubarak..macam mana persiapan bulan puasa??? dah ganti puasa tahun lepas.....kalau belum sempat nak ganti puasa, ganti lah.....

disini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa semoga puasa kitak mendapat pahala yang banyak

Saturday, July 10, 2010

Jadual Perlawanan FIFA WORLDCUP 2010

Match for third place:
Uruguayvs.Germany-11 Jul 2:30am (Malaysia (Kuala Lumpur))
Final:
Netherlandsvs.Spain-12 Jul 2:30am (Malaysia (Kuala Lumpur))




hai kawan2 jangan lupa pagi ini ada perlawanan yang berlangsung

Sarawak State Anthem (1973-1988)

Friday, July 2, 2010

fifa worldcup 2010

VS



Hai kawan2 yang masih lagi setia pada World cup 2010....malam ini perlawan yang cukup hebat di antara Brazil dan Netherlands pada jam waktu malaysia 10.00 malam....

Sunday, June 20, 2010

Piala Dunia 2010 ( BRAZIL )


Hai kawan2 dan salam 1 Malaysia...... aku nak update ni, pasal Brazil yang akan menentang Côte d'Ivoire's pada pukul 2.30 am nanti 21.6.10. tak sambar melihat kemenangan brazil yang ke dua......gol Brazil......gol Brazil.....aku harap Brazil menang 3-0 malam ni

Wednesday, June 16, 2010

kemengan nipis Untuk Brazil


salam kawan2. pagi tadi aku bersama adik iparku dan anak buahku pergi ke Jalan Haji Taha untuk menyaksikan FIFA WORLDCUP,pertemuan di antara Brazil dan Korea Selatan....aku bangun seawal jam 1.00 pagi supaya tidak terlepas menyaksikan team kesayanganku iaitu Brazil...

selepas bangun dari tidur aku pun bersama adik iparku ( man ) dan anak buahku (Iqmal) mencari tempat yang sesuai untuk menonton bola. kami pergi kat MJC Batu Kawah tapi tak ada, lepas tu kami teruskan perjalanan menuju kat batu tiga, tak ada orang dan gelap..kami bertiga tak putus asa sampailah kami menjumpai tempat yang sesuai dan ramai orang di jalan haji taha....aku terkilan melihat skrin yang begitu besar, terang dan jelas...... hujan yang turun dengan sikit2 itu tidak menjejaskan menonton perlawanan bola tersebut...setelah habis menyaksikan perlawanan tersebut yang habis pada pukul 4.30 pagi..kami bertiga balik kerumah dan sambung tidur balikkk...

sekian itu saja yang nak dikongsi bersama................

BRAZIL 2 VS 1 KOREA SELATAN


Friday, June 11, 2010

FIFA WORLD CUP 2010



RSA VS MEXICO 10.00 PM ( WAKTU MALAYSIA )

hai kawan2, malam ni adalah permulaan Detik bagi
perlawan Fifa world cup 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan

jadual fifa worldcup 2010 (klik di sini)


Saturday, May 29, 2010

pancing oh pancing




salam kawan2...hari ini nak cerita pasal cara-cara nak memancing Udang dengan betul...bukanya apa.cuma ada setengah dari kita mungkin yang tidak tahu cara nak memancing udang.....

  • Pakai mata pancing buat sendiri ( biasanya yang amat praktikal pakai tali gitar ( bass ) kan dalam dia ada lagi besi yang kecil... pakai tulah... bentuk-bentukkan sikit macam mata kail yang dijual dikedai tu.. Nota: Hasil eksperimen saya dalam arena pancingan udang ni... kalau perbandingan antara matai kail yang dijual dikedai dengan tali gitar ni... 10 ekor hasil mata kail bikin... 1 ekor oleh mata kail berbagai jenama ( Nisbah 10:1 )
  • Pakai stokin wanita... Caranya simpan umpan dalam stokin tu,kemudian labuhkan macam sauh... Cuba tunggu 1/2 jam... akan kelihatan beberapa ekor udang akan melekat pada stokin tu kerana ia cuba menyepit tapi tak boleh terlepas...
  • Pakai rasuah... Caranya kena beli 1 tin sardin,kemudian tebuk tin tersebut buat lubang- lubang kecil tetapi biar banyak... lepas tu labuhkan macam sauh juga...lihatlah hasilnya...
  • Kalau banjir jangan disangka udang tak makan pancing,biasanya kalau air keruh,udang akan mencari makan berhampiran tebing... so,pancinglah ditepi...5 Kalau udang galah ni galak makan pada waktu matahari nak tenggelam,baik berhenti... jangan teruskan... bukan apa banyak buruk dari baiknya terutama kalau mancing seorang ditempat yang terpencil

Monday, May 24, 2010


Salam 1 Malaysia,,

wong sai kong dikasari oleh pemain muar johor.... Hero sarawak....


Sarawak 2 - 1 Muar Johor

24 May 2010
Jam : 8.15 malam




Tuesday, May 18, 2010

Keputusan Liga perdana

Premier League 2010
17 May 2010
No. Time Home
Away Venue
1
8:15:PM Sabah 2 - 1 ATM Stadium Likas, Sabah
2
8:15:PM Sarawak 1 - 4 Harimau Muda Stadium Sarawak, Kuching
3
8:45:PM Pulau Pinang, Kelab Bolasepak USM 0 - 3 Selangor PKNS Stadium Olahraga USM, P.Pinang
4
8:45:PM Melaka 0 - 4 Kuala Lumpur Felda United FC Stadium Hang Tuah, Melaka
5
8:45:PM Kuala Lumpur, POS Malaysia 4 - 5 PDRM Stadium MP Selayang, Selangor

Saturday, May 8, 2010

Gambar Penyerang Sarawak

VS
KL FELDA 0





pertemuan diantara sarawak dan kl felda.perlawan yang hebat ditunjukkan kepada 2 pasukan itu...

Thursday, May 6, 2010

hai Kawan2 ada yang saya kongsikan untuk bersama...


Berkata Abu Salamah, "Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam
mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari
Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada
Rasulullah s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat
berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad
s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
'kesayanganku' , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara
kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau
menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika
berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan
ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi
seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil
tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari
beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah
rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah
di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak
lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau
di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,
selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau
tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat
berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut
hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2
hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan
qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti
diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada
waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di
merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi
beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit,
banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah
terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk
solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air
utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu
beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa
seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak
mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,
beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit
yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya
Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau
ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd
Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke
dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah
pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin
kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2
ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin
Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu
qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan
memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu
tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya
dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau.
Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau
tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau
rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh
kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian,
Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. "
Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain
serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata
Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu
Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi"
(kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala;
"InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).
Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara
merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn
sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti
pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.."
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda
kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan
baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2
seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi
s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau
nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg
suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. " tetapi Baginda tetap
pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia,
Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak
pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau
mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau
masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah... " Beliau kemudian menceritakan kpd
para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah
buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada
Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan
kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya
syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah
Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg
Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn
ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh
Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam
Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma
kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak
pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh
badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu,
beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu
beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku
tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda
Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat
tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau
katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg
hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin
Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang
daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w.
sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa'
ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan
Ali.." Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2
sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut
perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg
cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk
membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah
Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada
masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg
diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya.
Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali
dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu,
barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan
mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada
makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu
ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg
setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
"Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.."
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan
terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk
dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar
bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah
s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat
diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau
berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat
Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang
diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup
berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah
pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi
taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup
mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak
je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir
sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah
mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti
sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil
hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai
sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis
bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para
sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah
Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda
mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali
lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah
menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku
yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat
mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk
Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan
ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaia n air mataku mengalir..daku rindu akan
dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman
benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum
ini..)

sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini
sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita
semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu' alam..(*_ *)

Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i'tibar, justeru,
ambillah pengajaran kisah ini.

Wednesday, May 5, 2010




hai kawan2. ini gambar kita orang kat pantai sipitang Sabah...dari Lawas ke Sipitang lebih kurang 45 Minit menggunakan Van...

Sunday, May 2, 2010

CBC Lundu



Lundu terletak di bahagian Barat Daya Bahagian Kuching dan bersempadan dengan Kalimantan Barat, Indonesia. Bandar Lundu berkeluasan 1,962.2 km persegi dan mempunyai jumlah penduduk seramai 30,390 orang yang terdiri daripada kaum Bidayuh (Jagoi, Selako, dan Lara), Cina, Melayu, Iban dan lain-lain. Pusat pentadbiran Daerah Lundu bertempat di Pekan Lundu manakala Pekan Sematan sebagai Pusat Daerah Kecil.

Jarak Pusat Bandar Lundu daripada tempat-tempat berikut:
• Dari Bandaraya Kuching - 100 km
• Dari Bandar Bau - 70 km
• Dari Pekan Sematan - 28 km
• Dari Pekan Biawak - 26 km
• Dari Pantai Pandan - 10 km

Perjalanan dari Kuching ke Lundu yang mempunyai jarak 90 km mengambil masa kira-kira satu jam tiga puluh minit dengan menaiki kereta. Sebelum jambatan Batang Kayan siap dibina pada 7 Julai 2005, perkhidmatan feri terlebih dahulu memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin bagi menghubungkan Kuching dan Lundu. Perjalanan ke Lundu tidak lagi menjadi persoalan semenjak jambatan siap dibina kerana ia banyak memudahkan orang ramai terutamanya penduduk tempatan yang mempunyai urusan lain di luar kawasan Lundu. Jika dahulu, pengguna terpaksa beratur berjam lamanya semata-mata menunggu feri tetapi sekarang semua urusan menjadi mudah.

Bendera Lama & Baru


Belajar Membuat Movie



salam semua dan Salam Satu Malaysia...hari ini kami telah di ajar cara-cara nak Membuat video. seramai 50 Peserta akan mengikut Benkel ICT yang di anjurkan oleh SKMM. cikgu kami ialah EN MaRfizan dari Jabatan Filem Negara...