
Malaysia diundi bertemu Taiwan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014. Malaysia menduduki tangga ke-138 dunia manakala Taiwan berada pada rangking ke-147 dunia.
Jadual perlawanan (1st leg):
Tarikh: 29 Jun 2011
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil
Jadual perlawanan (2nd leg):
Tarikh: 3 Julai 2011
Tempat: Taiwan
K Rajagopal mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menang dalam perlawanan bertemu Taiwan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 ini. Jika Malaysia menang, Malaysia akan bertemu Singapura pada pusingan kedua, 23 Julai di Singapura dan 28 Julai di Stadium Bukit Jalil.
p/s: Harap skuad Malaysia tidak over confident dan mampu beraksi dengan cemerlang. Malaysia tak pernah ke final Piala Dunia sejak menyertai pusingan kelayakan pada tahun 1974.
Sumber: Bernama
